|
|
RIS
SEMESTER
2 SESI 2011/2012
KOD & NAMA KURSUS
KBK 3013: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK
TUGASAN 1:
Huraikan etiologi,
definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif
dan sosial serta langkah pencegahan
bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu:
DISLEKSIA
|
KUMPULAN
UPSI B03
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
|
NO. ID
|
NO. TELEFON
|
ROHAIZA BT RAZALI
|
D20102040759
|
0126524908
|
NAMA TUTOR E-LEARNING:
DR ABDUL RAHIM BIN RAZALI
TARIKH SERAH: ________________
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGENALAN UMUM 3
PENGENALAN DISLEKSIA 4
MAKSUD DISLEKSIA 5
- 6
MASALAH-MASALAH DISLEKSIA 6
- 10
CIRI-CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA 11
- 14
PUNCA – PUNCA DISLEKSIA 15
- 19
RAWATAN UNTUK MASALAH DISLEKSIA 19
- 22
PELAN
TINDAKAN UNTUK MEMBANTU MURID DISLEKSIA 23
- 27
RUJUKAN 28
Tugasan 1:
Huraikan etiologi,
definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan
sosial serta langkah pencegahan bagi
salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut:
a.
Terencat Akal
b.
Bermasalah Pendengaran
c.
Autisme
d.
Bermasalah Penglihatan
e. Disleksia
f.
Palsi Cerebral
g.
Hiperaktif
h.
Sindrom Down
i.
Spina
Bifida
j.
Epilepsi (sawan)
k.
Masalah Emosi dan Tingkah laku
l.
Pintar Cerdas
PENGENALAN
UMUM
Tugasan pertama bagi subjek
Murid-murid berkeperluan khas ini di bawah tutor Dr Abdul Rahim B Razali,
memberi peluang serta pendedahan secara langsung kepada saya tentang masalah
pembelajaran murid. Ia bukan sahaja berlaku dikalangan murid-murid
berpendidikan khas. Bagi tajuk tugasan pertama ini saya memilih murid-murid berkeperluan
khas dalam skop masalah disleksia. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada
kanak-kanak istimewa, malahan turut berlaku di kalangan murid-murid beraliran
perdana.
Walaupun lanjutan
pengajian pembelajaran saya bukan dalam Ijazah Pendidikan Khas Kanak-kanak,
sedikit sebanyak pengalaman sebagai guru memberi pendedahan kepada saya masalah
disleksia ini turut berlaku kepada murid-murid aliran perdana. Tambahan pula
pengalaman mengajar murid-murid tahun 1 yang berada di kedudukan kelas akhir
memberi satu cabaran dan pengalaman yang sangat berguna kepada diri saya
sendiri.
Melalui pengalaman
itulah saya mengenali sedikit masalah murid mengenali huruf. Peringkat awal
apabika huruf-huruf tidak dikenali maka timbullak kekeliruan minda murid akan
huruf-huruf tersebut. Seterusnya memberi masalah dalam membaca apatah lagi
untuk menulis. Tindakan segera perlu dibuat dengan memberi bimbingan kepada
murid-murid ini. Golongan murid seperti ini sedikit lemah dalam pemikiran
tetapi boleh di asuh bagi merangsang minda mereka agar tidak melakukan
kesilapan yang berulang sama.
PENGENALAN DISLEKSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia
menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001bahawa seramai 290,000 murid sekolah
dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran
Spesifik (SPLD); Disleksia. (KPM 2000). Empat peratus dari populasi dunia
adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak
berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan
yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan
yang bermakna.
Pendidikan khas semakin diberi
perhatian sejak penggubalan semula Akta Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan
1996, telah menyediakan klausa khusus berkaitan pendidikan Khas. Perlaksanaan
Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 melalui perintah
Pendidikan(Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada semua warga
Malaysia yang layak mengikut umur 6 tahun mendapat pendidikan di institusi yang
disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sistem pendidikan ini menyediakan peluang kepada
semua rakyat dalam lingkungan umur kelayakan mendapat pendidikan secara
percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua, serta dasar Pendemokrasian Pendidikan
yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan Dasar
Persekolahan Wajib tersebut. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan
Pendidikan Khas yang diwujudkan pada 1998 secara langsung mengendalikan
pengurusan pendidikan bagi kanak-kanak Bermasalah Pendengaran (Pekak),
Bermasalah Penglibatan (Rabun dan Buta) dan Bermasalah Pembelajaran. Bagi
program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi Kanak-kanak Syndrome
Down, Kanak-kanak autistic ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental (learning
disabilities), Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan,
dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan (Blue Print Kurikulum Jabatan
Pendidikan
Khas 2001).
_____________________________________________
1. Pembentangan Pelan Pendidikan
Nasional 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
2. Surat-surat Pekeliling Dasar
Persekolahan Wajib,1988,Kementerian Pelajaran Malaysia,Kuala Lumpur.
MAKSUD DISLEKSIA
Disleksia berasal dari
perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA"
bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu
gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya,
masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan
kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi
masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang
normal.
Kajian Dunia Neurology
disleksia didefinisikan sebagai berikut:
''Disleksia perkembangan khusus
adalah gangguan dimanifestasikan dengan kesulitan belajar membaca meskipun
instruksi konvensional, kecerdasan yang memadai, dan kesempatan sosial budaya
yang memadai. Hal ini tergantung pada cacat kognitif mendasar yang sering asal
konstitusional.''
Beberapa definisi lain yang
sudah diterbitkan adalah murni deskriptif, sementara yang lain mewujudkan
teori-teori kausal. Dari berbagai definisi yang digunakan oleh peneliti
disleksia dan organisasi di seluruh dunia, tampak disleksia yang tidak satu hal
tapi banyak, sejauh ia berfungsi sebagai konseptual kliring-rumah untuk
sejumlah defisit keterampilan membaca dan kesulitan, dengan sejumlah penyebab .
Mereka yang mempunyai Disleksia
bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang
terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan
disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada
yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan
disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan
disleksia.
Masalah Disleksia adalah
berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk
berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil
daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil
daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia
bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol
tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami
disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian
mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak
mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak
pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih
menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan
JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke
Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk
berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang
telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU).
Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan
memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.
MASALAH-MASALAH PENGHIDAP DISLEKSIA
Disleksia adalah gangguan
belajar yang memanifestasikan dirinya sebagai kesulitan dengan membaca, ejaan
dan dalam beberapa kasus matematika. Hal ini terpisah dan berbeda dari
kesulitan membaca hasil dari penyebab lain, seperti kekurangan non-neurologis dengan
penglihatan atau pendengaran, atau dari membaca instruksi yang buruk atau tidak
memadai. Diperkirakan bahwa disleksia mempengaruhi antara 5% dan 17% dari
penduduk AS.
Disleksia dianggap hasil dari
cacat neurologis / perbedaan, dan meskipun bukan cacat intelektual, cacat
bahasa, antara lain. Castles dan Coltheart, 1993, menggambarkan jenis fonologis
dan permukaan disleksia perkembangan dengan analogi klasik subtipe disleksia
diperoleh (Alexia) yang diklasifikasikan menurut tingkat kesalahan dalam membaca
non-kata. Namun perbedaan antara permukaan dan disleksia fonologi belum
menggantikan terminologi empiris lama dibandingkan jenis dysphonetic dyseidetic
disleksia.
Perbezaan permukaan / fonologi
hanya deskriptif, dan tanpa asumsi setiap etiologi untuk mekanisme otak yang
mendasari, dalam kontras perbedaan dysphonetic / dyseidetic mengacu pada dua
mekanisme yang berbeda: - satu berhubungan dengan defisit speech discrimination,
dan yang lain untuk visual gangguan persepsi. Kebanyakan orang dengan disleksia
yang memiliki jenis Dysiedetic Boder, memiliki kesulitan attentional dan
spasial yang mengganggu proses akuisisi membaca.
Tidak ada ubat untuk disleksia,
namun disleksia individu dapat belajar membaca dan menulis dengan bimbingan
pendidikan yang sesuai. Golongan seperti perlu sentiasa dibimbing. Ia lebih
baik jika mempunyai guru yang dikhaskan untuk golongan seperti mereka ini. Ini
bertujuan agar membimbingnya secara berkesan dan berterusan.
Bagi pembelajaran sistem
penulisan alfabet, tujuan mendasar adalah untuk meningkatkan kesedaran anak membezakan
antara grafem dan fonem, dan menghubungkannya ini untuk membaca dan mengeja.
Telah ditemukan bahwa latihan fokus terhadap bahasa visual dan isu-isu
ortografi hasil keuntungan tahan lama dari pelatihan fonologis hanya lisan.
Isu – isu yang sering dibangkitkan
dalam permasalahan disleksia ini antaranya adalah seperti berikut;
• Belajar perkataan-perkataan
baru perlahan-lahan
• Adakah kesukaran berima
perkataan, seperti dalam sajak
• pengetahuan surat Rendah
• Surat pembalikan, ex e b f p
(biasa)
Awal sekolah rendah zaman
kanak-kanak • Kesukaran pembelajaran abjad atau demi
• Kesukaran dengan dapatan
semula perkataan atau menamakan masalah
• Kesukaran belajar untuk
nyahkod perkataan
• Kesukaran membezakan antara
bunyi yang sama dalam perkataan; mencampurkan bunyi dalam perkataan bersuku
kata (auditori diskriminasi) (sebagai contoh, "aminal" sepatutnya
“animal”).
4.
Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@bharian.com.my)
MASALAH YANG SERING TIMBUL HASIL
KAJIAN ATAU PEMERHATIAN
• Salah sangka dan digelar
sebagai malas, bodoh atau lembab
• Pembentukan imej diri yang
sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
• Jika tidak dikenalpasti dan
dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
• Gangguan emosi (seperti
kemurungan)
• Masalah tingkahlaku (seperti
melawan, kecelaruan tingkahlaku)
• Rendah pencapaian akademik
(menyebabkan keciciran sekolah)
Contoh: Kekeliruan yang timbul
bagi perkataan yang sama.Gambar di atas ini hasil tulisan yang semakin baik
jika dibanding di awal penulisan murid-murod disleksia ini.
Disleksia adalah sebuah kondisi
ketidakmampuan belajar pada seseorang yang disebabkan oleh kesulitan pada orang
tersebut dalam melakukan aktifitas membaca dan menulis. Pada umumnya
keterbatasan ini hanya ditunjukan pada kesulitan seseorang dalam membaca dan
menulis, akan tetapi tidak terbatas dalam perkembangan kemampuan standar
lainnya seperti keerdasan, kemampuan menganalisa dan juga daya sensorik pada
indra perasa.
Terminologi disleksia juga
digunakan untuk merujuk kepada kehilangan kmampuan membaca pada seseorang
dikarenakan kerusakan pada otak. Disleksia pada tipe ini sering disebut sebagai
“alexia”. Salain mempengaruhi kemampuan membaca dan menulis, disleksia juga
ditengarai juga mempengaruhi kemampuan berbicara pada beberapa pengindapnya.
Selain itu juga mempengaruhi pada ketidakmampuan seseorang untuk menyusun atau
membaca kalimat dalam urutas terbalik tetapi juga dalam berbagai macam termasuk
urutan dari atas ke bawah.
Rawatan bagi sindrom ini adalah
dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat
mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanak-kanak
terbabit.
Sindrom disleksia agak sukar
dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain. Jika
kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal
pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia.
Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih
ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa
serta menterbalikkan huruf.
Kanak-kanak ini juga membaca
dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran
untuk menyebut ayat yang dieja. Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai
kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan
kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi
bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun
sudah mencapai Tahun Satu.
Tiada ujian tunggal yang
dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan
adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan
pancaindera dan sejarah perubatan keluarga.
Rawatan dari segi psikologi
juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan bahawa mereka
mengalami masalah sosial atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi
akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka.
Komplikasi yang dihidapi oleh
kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti
matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan
pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke
peringkat paling tinggi.
Pengajar perlu menggunakan
teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran
pembacaan mereka.
FAKTA: Disleksia
• Disleksia adalah sejenis
sindrom lambat membaca
Kanak-kanak berusia lima tahun
boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak.
• Kanak-kanak ini adalah normal seperti
kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.
• Masalah utama penghidap disleksia ialah
ketinggalan dalam pelajaran.
• Cara pembelajaran yang sesuai
dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini
Selain itu bagi masyrakay cina, yang sememangnya kaya
dengan kaedah rawatan tradisional, turut menemukan rawatan herba dan kaedah
akunputur bagi mengurangkan simptom ini serta memperbaiki daya tumpuan minda
bagi mereka yang mengalami masalah disleksia ini.Sila rujuk laman ini bagi
mendapatkan bimbingan atau menangani masalah disleksia ini; http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/DyslexiaBrainTreatmentCure.html
___________________________________________________________________
5.
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/DyslexiaBrainTreatmentCure.html
CIRI-CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA
Umur kanak-kanak
pra-sekolah adalah sukar untuk
mendapatkan diagnosis tertentu disleksia sebelum kanak-kanak bermula sekolah,
tetapi banyak individu disleksia mempunyai sejarah kesukaran yang bermula
sebelum tadika. Kanak-kanak yang menunjukkan gejala-gejala ini
1. Diperingkat awal
sebelum persekolahan
·
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar,
kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu
yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada
kepala.
·
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
·
Para peneliti menemukan adanya disfungsi ini
disebabkan oleh kondisi dari biokimia otak yang tidak stabil dan juga dalam
beberapa hal akibat bawaan keturunan dari orang tua.
·
Lambat berbicara jika dibandingkan kebanyakan anak
seusianya dan tidak dapat mengucapkan kata-kata secara benar.
·
Lambat
mengenali alfabet, angka, hari, minggu, bulan, warna, bentuk dan informasi
dasar lainnya, serta sulit dalam mengurutkan huruf-huruf dalam kata.
2. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
·
Lambat bertutur
·
Mengalami
kesukaran sebutan atau rima
·
Sukar menulis nama sendiri
·
Payah mengenal bentuk atau warna
·
Sukar memberitahu
cerita yang telah didengarinya
·
.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang
buruk.
·
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada
sesuatu perkataan.
·
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada
huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
·
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk
menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
·
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering
mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
·
Sering berlaku di kalangan lelaki.
3. Di alam
persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
• Gagal menguasai tugasan
sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
• mengira
• Tidak suka membaca dan
mengelak dari membaca di kelas
• Kesilapan semasa membaca
huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
• 15 dengan 51
• “was” menjadi “saw”
• ‘b’ dengan ‘d’‘
• Kurang koordinasi seperti
sukar mengikat tali kasut
• Keliru dengan konsep masa
seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
• Kesukaran memahami,
mengingati dan mengikuti arahan
• Selalu tersalah letak atau
hilang barang atau kerja sekolah asal.
• bacaan yang lambat atau tidak
tepat, walaupun individu-individu ini boleh membaca hingga ke satu tahap.
• ejaan yang sangat tidak baik Sulit menyuarakan fonem dan memadukannya menjadi sebuah kata.
·
Sulit mengeja secara benar, bahkan mungkin anak akan
mengeja satu kata dengan bermacam ucapan.
·
Sulit mengeja kata atau suku kata dengan benar. Anak
bingung menghadapi huruf yang memiliki kemiripan bentuk
·
Membaca satu kata dengan benar di suatu halaman,
tetapi salah dihalaman berikutnya.
·
Kesulitan memahami apa yang dibaca.
·
Sering terbalik dalam menuliskan kata
·
Rancu dengan kata-kata yang singkat, misalnya ke,
dari, dan, jadi.
·
Bingung menentukan tangan mana yang dipake untuk
menulis
·
Lupa mencantumkan huruf besar, serta lupa meletakan
tanda-tanda baca lainnya
·
Menulis huruf dan angka dengan hasil yang kurang
baik/tulisannya jelek sekali
·
Terdapat jarak pada huruf-huruf dalam rangkaian
kata, tulisannya tidak stabil, kadang naik dan kadang turun
·
. Punya kebiasaan membaca terlalu cepat hingga salah
mengucapkan kata atau bahkan terlalu lambat dan terputus-putus
·
Keliru dalam memahami konsep kiri kanan, atas bawah,
utara selatan, timur barat.
·
Memegang alat tulis terlalu kuat/keras
·
Sulit mengikuti lebih dari sebuah instruksi dalam
waktu yang sama.
Sindrom Lambat Membaca
Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas
sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi
mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu? Sesetengah ibu bapa mungkin
menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa
berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.
Kanak-kanak yang berumur lima
tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan
oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan
satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak
ketinggalan dalam pembelajaran.
Disleksia disebabkan oleh
kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada
kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di
kalangan kanak-kanak.Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal,
pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada
kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf
serta menyebutnya.
• Kesukaran membaca dengan
kuat, membaca perkataan dalam susunan yang salah, perkataan melangkau dan
kadang-kadang kata satu perkataan yang serupa dengan perkataan yang
Antara
contoh hasil tulisan murid-murid yang mengalami masalah disleksia. Pandangan
penglihatan mereka boleh diumpamakan melihat tulisan dari penglihatan
cermin.(petikan dari; riamarteen2010 on July 15th, 2011.
Under)
Masalah disleksia bukan sahaja
masalah pertuturan malahan melalui penulisan. Kurang daya kemahiran menumpu
maka mereka sukar untuk memegang peralatan menulis dengan cara yang betul.
Malahan hasil tulisan sukar dibaca ada diantara mereka yang tidak mampu menulis
langsung. Ia seperti contoh gambar di atas, di mana masalah memegang alatan
tuli iaitu kapur dan hasil tulisan yang tidak mampu mereka ikuti.
Petikan di bawah
adalah antara masalah dan luahan ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa
seperti ini ;
Oleh kerana kasihan melihat Hainan, Faezah membawa
anaknya berjumpa Pakar Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia Taman Desa, Kuala
Lumpur, Dr.Erward Chan, untuk merungkai segala permasalahan yang dihadapi ini. Selama enam tahun, Hainan Hamzah bergelut
dengan masalah pembelajaran dan tingkah laku yang membimbangkan kedua-dua ibu
bapanya. Tetapi, kini tidak lagi.(petikan dari akhbar Kosmo 13 Mac 2012)
MESKIPUN lemah menulis dan
membaca, Hainan begitu kreatif membina model daripada Lego.
6.
Rencana Masalah disleksia,Izyan Liyana Mohd
Darif,Kosma,13 Mac 2012
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond
dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia
ialah;
Punca
disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada
keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap
disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada
biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku
semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan
sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati
kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada
turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. Kebanyakan kes, terdapat beberapa
ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini
boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang
dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16
yang boleh diperturunkan secara turun-temurun (Psychological Society, 1991 dan
Hammond dan Hughes, 1996)
Faktor Biologi juga dikesan
antara punca disleksia yang berlaku. Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya
adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa
dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca
kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan
otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan
ini minimum.
Kesukaran ibu semasa dilahirkan
seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran. Semua faktor ini
berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan pada otak yang
menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia (Hammond dan
Hughes, 1996; 11).
Dejerine (1892) (disunting oleh
Spatford dan Grosser) telah membuat kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca
daripada kerosakan pada ‘Corpus Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak
manusia.
Faktor Kematangan murid-murid
yang menghadapi masalah disleksia ini, biasanya terdapat perbezaan dalam
perkembangan sistem saraf manusia. Ada kanak-kanak yang lebih lambat
perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam sistem saraf jika
dibandingkan dengan rakan sebayanya.
“Ini kerana otak mereka tidak memproses dan menerima maklumat seperti
kanak-kanak normal. Sistem impuls otak yang bergerak ke kiri dan ke kanan tidak
sama. Dan, mereka juga tidak mempunyai bahagian otak yang dominan,” jelas Pensyarah
Kanan Psikologi Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr. Samsilah Roslan.
|
DR. SAMSILAH ROSLAN
|
Disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam
struktur dan fungsi otak, malah ia boleh diwarisi dari ahli keluarga. Namun
begitu, kajian masih tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan
kondisi ini.
Statistik menunjukkan lebih 500,000 kanak-kanak
Malaysia menghadapi cabaran hidup disleksia. Pecahan peratusan sebanyak 10
peratus hingga 15 peratus mendapati kanak-kanak mengalami masalah disleksia
pada tahap ringan manakala empat peratus di tahap yang teruk.
Walaupun dislesksia merupakan masalah yang dihadapi
sepanjang hayat, kanak-kanak yang mengalaminya masih dapat diatasi dengan
dorongan, sokongan dan bantuan yang sewajarnya.
“Sekiranya mendapati anak-anak mengalami masalah
dislesksia, segeralah dibawa berjumpa pakar atau guru pendidikan khas. Ini
kerana jika tidak dibendung pada tahap awal masalah ini akan melarat sehingga
dewasa.
“Kesannya, kanak-kanak menerima sumber maklumat yang terhad, keyakinan
diri semakin menurun kerana rasa malu dan bodoh, tidak bijak dalam pelajaran
dan sukar untuk menjadi individu yang profesional,” ujar Dr. Samsilah yang
memberitahu kanak-kanak disleksia tidak boleh berasa cemas dan takut.
7. (petikan dari akhbar Kosmo 13 Mac 2012,nukilan Izyan
Liyana Mohd Darif)
Selain itu,faktor penyumbang
berlakunya kanak-kanak disleksia ini kerana dinyatakan bahawa, kanak-kanak
lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Perkembangan
kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku secara mendadak dan tidak
berperingkat seperti kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan merupakan
antara kemungkinan punca kanak-kanak mengalami disleksia.
Bagaimana Disleksia terjadi?
Kesilapan yang dilakukan oleh
kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang
dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa
aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan
kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara
kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan
menulis.
Biasanya penyakit ini telah
sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh
Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan
mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan
ejaan semasa zaman kanak-kanak.
Didapati penyakit ini banyak
menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar
3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding
orang perempuan.
Disleksia berlaku secara
perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit.
Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain
perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang
mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
Berlaku perlawanan dalam dua
cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada
kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah
maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.
Ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa masalah disleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang
tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika
pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam
kelas yang menghadapi disleksia.
Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan
bahasa kanak-kanak itu. Kanak-kanak di ajar komunikasi secara tidak betul.
Masalah pelat berlaku di kalangan kanak-kanak seperti ini kerana dalam anggota
keluarga gemar menggunakan komunikasi secara pelat. Ini menyebabkan komunikasi
kank-kanak ini tidak berkesan, kurang keyakinan, tidak mahu kehadapan,
menyendiri dengan kesilapan yang sering di ulan-ulang. Akibat tidak berani
untuk bertanya dan lebih gemar mendiamkan diri kesilapan yang sama dilakukan
maka mereka melakukan masalah disleksia ini dalam penulisan.
RAWATAN UNTUK MASALAH DISLEKSIA
Disleksia hanya dapat dikesan
apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli
psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak
boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi
untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak
bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000)
iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan
untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid
ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond
& Hughes 1999).
Bagi kaedah ujian seperti Ujian
Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan
pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian
Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan
kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan.
Disleksia dapat disebabkan oleh
faktor keturunan/genetis, adanya masalah pendengaran sejak usia dini, dan dapat
pula disebabkan oleh faktor kombinasi kedua hal tadi. Cara rawatan yang dapat
dilakukan terhadap penderita disleksia adalah:
1. Educational
approach dan phonic lessons.
2. Metote multi sensory; dan
3. Mengembangkan rasa percaya
diri pada anak.
Apabila orang tua, atau guru
mulai mencurigai bahwa anak menderita disleksia, hendaknya segera mendapatkan
nasihat dengan psikologi atau klinik atau sekolah pengajaran khusus (special
education). Penanganan dini pada penderita disleksia akan dapat membantu mereka
untuk mengatasi masalah yang dihadapi sejak dini dan peluang untuk sembuh
menjadi lebih besar. Albert Ensten, dan Tome Crus diduga mengindap penyakit
disleksia ini.
MEMBANTU ANAK-ANAK BERMASALAH DISLEKSIA
Langkah-langkah untuk membantu
mereka termasuklah :
1.
Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali
permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak.
2.
Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti
Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan.
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
• Terapi pertuturan
• Latihan pendengaran dengan
bantuan komputer
• Pendekatan pelbagai deria
(Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran).
4.
Deria
sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) ,Ransanagan sentuhan ini
menjadikan kanak-kanak masalah ini boleh merasa perbezaan bentuk.
5.
Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi
perkataan/ huruf). Memerlukan cara sebutan mulut yang jelas dan nyata.
Sebaik-baiknya sebutir-butir agar mereka memahami cara dan sebutan yang betul.
6.
Merasa pergerakan bibir
7.
Menulis huruf
atau perkataan .Menggunakan tulisan besar agar mudah dilihat serta nyata di
penglihatan. Supaya minda mereka dapat memperingatan bentuk huruf serta
membolehkan mereka menulis dengan betul. Lama kelamaan tulisan semakin kecil
mengikut kesesuaian buku.
8. Langkah-langkah pemulihan :
• Bantu anak menguasai maklumat
secara beransur ansur
• Pengulangan semasa mengajar
(konsep ajar berlebihan)
• Gunakan video atau kaset
untuk belajar
9. Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan
khusus untuk Disleksia.Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah
sesuatu yang begitu mencabar terutamanya kepada para guru. Mereka menempuh
pelbagai cabaran untuk mendidik murid-murid dalam program pemulihan mereka yang
sering kali memiliki masalah pembelajaran yang berbeza.
Kehadiran murid-murid yang
mempunyai masalah disleksia dalam bilik darjah mereka sudah tentu menambah lagi
beban dan kesukaran kepada guru-guru tersebut untuk melaksanakan pengajaran
yang efektif. Dari segi fizikal, murid-murid yang mengalami masalah disleksia
tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota dan tahap kecerdasan mereka juga
adalah normal.
Mereka boleh berbual dan
bergaul seperti murid lain. Ini menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil
bagi membantu kanak-kanak tersebut dalam pelajaran. Akibatnya, murid-murid ini
berkemungkinan besar disalah labelkan sebagai sama ada murid pemulihan atau
bermasalah pembelajaran yang umum sahaja (Sofiah Ali, 2000; Zabidi Husin,
2000).
Setiap tiga bulan, ujian akan
diadakan untuk melihat tahap pencapaian murid-murid. Murid-murid akan mengikuti
kurikulum biasa dan akan masuk ke kelas pemulihan enam kali seminggu. Buku
panduan, buku kerja, lembaran kerja serta ABM (Alat Bantu Mengajar) digunakan
dalam program ini. Walau bagaimanapun buku kerja serta lembaran kerja yang
digunakan dalam program ini kurang sesuai untuk semua murid pemulihan. Ini
kerana tahap pencapaian akademik dan keperluan murid pemulihan adalah berbeza
antara satu sama lain.
Contoh kelas yang dihadiri
oleh KANAK-KANAK disleksia perlu mendapat pendidikan dan pendedahan
yang lebih berbanding
kanak-kanak normal.
Pada saat ini kemampuan membaca dan menulis,
merupakan acuan utama yang digunakan oleh orang tua untuk mengontrol
kecerdasaan anak pada saat anak telah memasuki usia sekolah. Umumnya, anak akan
diaggap bodoh jika belum dapat membaca dan menulis. Padahal siapa tahu anak
tersebut menderita dislesksia (dyslexia).
LANGKAH PENCEGAHAN BERLAKUNYA DISLEKSIA
ADAKAH INDIVIDU DISLEKSIA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN?
• Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli
politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci)
dan saintis (Albert Einstein)
• Ramai yang berdaya imaginasi
tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
• Bijak dengan kemahiran tangan
atau sukan.
PELAN TINDAKAN UNTUK MEMBANTU
MURID DISLEKSIA
1.
Penyediaan
Rancangan Tahunan serta harian yang berterusan bagi menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan tersusun.
Contoh bahan penyedian Rancangan Tahunan P&P murid disleksia.
2- Penyediaan Bahan Bantu
Mengajar yang berkesan
Pengenalan semula abjad ABC
Ia bertujuan agar murid sentiasa
dilatih dan didedahkan bentuk huruf berkenaan. Maka ia bertujuan mengelakkan
kekeliruan bentuk huruf berkenaan semasa mereka mula belajar menulis.
4. Memperbaiki bacaan dengan
bantuan bahan bacaan yang sesuai.
Kad perkataan awal sebagai asas
pembacaan perkataan mudah untuk murid disleksia ini
Aktiviti bertema yang boleh
dicadangkan dalam proses pembacaan oleh murid-murid disleksia.
5. Guru
adalah orang yang paling penting dalam membimbing murid-murid yang berkeperluan
khas seperti disleksia ini. Bimbingan dan motivasi guru sedikit sebanyak
menjadi faktor murid-murid disleksia ini berubah untuk berjaya dalam hidup
dengan menghadapi masalah dan kekurangan diri dengan tabah.
6. Perjumpaan
dengan pakar boleh dirujuk sebagai panduan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa. Ia
juga seumpama pakar psikologi membimbing ibu bapa agar menerima dengan hati
yang terbuka bagi memepunyai anak disleksia ini. Boleh dirujuk di pelbagai
Pusat Rawatan Perubatan Disleksia berbayar atau boleh berjumpa dengan pakar di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM).
7. Memerlukan hasil kajian tindakan dari
pakar atau pihak berkenaan bagi membantu perkara dan tindakan yang perlu
dilaksanakan oleh pihak-pihak bertanggungjawab terhadap kanak-kanak yang
mnegalamai masalah disleksia ini. Contoh dibawah adalah pihak yang melakukan
Kajian Tindakan permaslahan Disleksia ini.
SEBAHAGIAN
PETIKAN KAJIAN TINDAKAN YANG PERNAH DILAKUKAKAN
Kajian oleh Norani, Abd.Razak, Norazizah, Adnan @
Nan Khamis dan Siti
Eshah (1999), menunjukkan seramai 3,103 (9%) daripada
34,178 kanak-kanak
prasekolah adalah terdiri dari berkeperluan khas pelbagai
kategori. Statistik Jabatan
Pendidikan Khas sehingga November 2000, bahawa 65.8%
kanak-kanak di program
Pendidikan Khas bersamaan 8,053 daripada 12,227 orang
adalah bermasalah
pembelajaran. Kenyataan ini harus mengambilkira bahawa
salah satu kategori
kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak
kecelaruan bahasa
dan pertuturan.
Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah 5
Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk
kepada beberapa
ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa,
ketidakseimbangan dan kebolehan
intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak,
tidak dapat menulis
dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari
papan hitam atau buku),
mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada
tulisan, dan tumpuan
yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid
yang lemah dalam
pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan
ialah kanak-kanak yang
membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang
lebih muda darinya
kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas.
Kelas pemulihan khas
diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran
3M iaitu membaca,
menulis dan mengira.
Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai
masalah dalam bacaan
dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan
di Kelas Pemulihan
Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Disleksia ialah kesukaran
atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh
seseorang individu
walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer
1997 & Smith
1999).
Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat
perhatian yang khusus
dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001)
menyatakan kanakkanak
disleksia kerap kali ditempatkan bersama kanak-kanak di
kelas Pemulihan
Khas. Anuar (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia
juga ditempatkan
dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran.
Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa
kanak-kanak disleksia dapat
dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak
seimbang dengan kosa kata
lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam
menyusun isi barangan, tahu
pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang
kemahiran mengeja
pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam
kelas tetapi merosot
dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak
terancang.
Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan
tiada kaitan dengan
tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000).
Disleksia tidak boleh
disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil
Kajian pakar perubatan
mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah
aktif (Zabidi 2000). Ini
adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan
berkesan berdasarkan;
6 Jurnal Pendidikan 30
pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi
perhatian akan dapat
meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia.
® Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak
disleksia diajar seperti
kanak-kanak biasa. Apabila mereka tidak dapat mengikut
rentak akan dicap
sebagai negatif. Beliau turut menyuarakan agar guru
memastikan tulisan mereka
terang dan jelas. Proses mengenalpasti dan merancang
keperluan pembelajaran
kanak-kanak disleksia ini sangat penting.
® Rosana (1998) menyatakan pelajar
disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran.
Mereka biasanya
kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang
dalam membuat sesuatu,
cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan.
® Irwin (2000) turut bersetuju
bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia
memerlukan satu program
khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program
pengajaran biasa
tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau
mencadangkan alternatif
pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru,
melibatkan penggunaan pelbagai
deria dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat
prasekolah sangat kurang
dijalankan di Malaysia. Kajian-kajian sebegini adalah
perlu diteruskan terutama
untuk mengenalpasti tahap atau peratusan bilangan
kanak-kanak yang
mempunyai simptom disleksia di peringkat prasekolah.
Pengesanan simptom
juga sepatutnya dilakukan secara menyeluruh ke atas
keupayaan kanak-kanak
melibatkan semua deria utama dan pergerakan walaupun
disleksia sering kali
menjuruskan perhatian kita kepada kecelaruan kanak-kanak
dalam pembacaan
ke atas tulisan bercetak.
Melalui pengesanan awal ini akan membina kesediaan
penagjaran yang lebih terancang dan berkesan di tahap
awal pendidikan oleh
guru-guru yang terlibat secara langsung dengan mereka.
Impak dari keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran tersebut akan meminimkan
masalah di kalangan kanak-kanak yang mempunyai simptom disleksia ini.
8- Kajian Tindakan Oleh Norani, Abd.Razak, Norazizah,
Adnan @ Nan Khamis dan Siti
Eshah (1999)
RUJUKAN
Bahan Bercetak atau Buku
1.
Jangan pinggirkan kanak-kanak
disleksia, Utusan 27/04/2009
2.
Buku: Apa itu Disleksia? – Panduan Untuk Ibubapa & Guru;Rashidi
Safuan,2010, PTS Publication,Kuala Lumpur.
3.
Disleksia Panduan Untuk Ibu Bapa, Guru & Kaunselor,Sheila Devaraj
dan Samsiah Roslan, 2006PTS Publication,Kuala Lumpur.
4.
Laporan Kajian Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan DI
Sekolah Rendah,Rajesvari A/P Ramasamy,Oktober 2008,Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
5.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL-Celik
Huruf,Meimon Bt Sanai,2009.
Bahan dari Laman
Web:
4 .http://mysweetaudrina.blogspot.com/2008_06_01_archive.html
5. http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/10/dysprexia.html
5. http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/10/dysprexia.html
6. http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/DyslexiaBrainTreatmentCure.html
No comments:
Post a Comment