Wednesday, 2 May 2012

TUGASAN 1 MSR3023 (UPSI01-A112PJJ) D20102040759 HASSAN B. MOHD GHAZALI


PEMARKAHAN
1.
TUGASAN 1

2.
TUGASAN 2

3.
E- FORUM


JUMLAH













MSR 3023 ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL



TAJUK

PEMERHATIAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH ANDA












KUMPULAN

UPSI 01



DISEDIAKAN OLEH

NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
ROHAIZA BINTI RAZALI
D20102040759
012-6524908





NAMA TUTOR

E-LEARNING                   :  HASSAN BIN MOHD GHAZALI



TARIKH SERAH                             :  2 MEI 2012

.PENGENALAN

            Pendidikan Seni Visual adalah sebahagian dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang masih diguna pakai sehingga kini. Bagi murid Tahun 1 dan 2 yang menggunakan kurikulum baru iaitu Kurikulu Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pendidikan Seni Visual masih di masukkan. Pendidikan Seni Visual di peringkat rendah adalah di anggap mata pelajaran minor kerana tidak di ambil penilaiannya di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sememangnya mata pelajaran ini agak kurang dipedulikan.

Saya Rohaiza Binti Razali mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat di negeri Selangor. Saya juga adalah sebahagian daripada guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual di sekolah. Jika sebelum ini Diploma Perguruan saya adalah Major Matematik dan bagi Program Ijazah ini saya mengambil pengkhususan Pendidikan Seni Visual. Ia bukan sahaj kurang rezeki sebelum ini memohon apa jua program melanjutkan pelajaran bagi major seperti diploma saya, akan tetapi saya sememangnya minat dengan bidak pendidikan seni visual ini. Malahan kerap membuat kerjasama dengan Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual untuk mengadakan aktiviti yang berkaitan seni. Saya sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sememangnya sering berdamping rapat dengan panitia-panitia untuk mengadakan pelbagai aktiviti. Sudah dua kali saya mengadakan Pertandingan Mewarna Anjuran Pusat Sumber bersama-sama Panitia Pendidikan Seni Visua dengan kerjasama pihak Utusan Malaysia. Pengajuran ini sungguh meriah dengan menawarkan sebuah basikal dan pelbagai hamper kepada pelajar yang Berjaya.

A.  PENERIMAAN DIPERINGKAT PENTADBIRAN

Pihak pentadbiran di sekolah saya telah mewujudkan Jawatankuasa Induk

Kurikulum. Jawatankuasa Induk Kurikulum ini melibatkan semua Panitia-panitia mata pelajaran. Ia turut melibatkan Penyelaras Pendidikan Khas, Pra Pendidikan Khas dan Pra Sekolah serta Guru Pemulihan. Bagi mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini, ia sememangnya mempunyai mempunyai panitianya yang tersendiri. Panitia Pendidikan Seni Visual ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual. Ia adalah guru-guru Pendidikan Seni Visual dari Tahun 1 hinggalah Tahun 6. Malahan bagi murid-murid Pendidikan Khas, Pra Pendidikan Khas serta Pra Sekolah Bestari di sekolah saya turut mempunyai jadual waktu bagi Pendidikan Seni Visual ini. Semua peringkat pendidikan kelas ini mempunyai jadual waktu Pendidikan Seni Visual. Sekolah saya mempunyai lebih kurang 36 kelas Perdana dan pendidikan khas ada 8 buah kelas serta 3 pra sekolah dan 1 Pra Pendidikan Khas, setiap kelas ini di peruntukkan 1 jam Pendidikan Seni Visual seminggu sekli. Walaupun terdapat kekangan atau kesempitan ruang bagi mata pelajaran-mata pelajaran lain, mata pelajaran pendidikan seni visual tidak dilupakan.

            Pihak pentadbiran sekolah saya turut mewujudkan Fail Putih,Fail Meja dan Fail Keras bagi Panitia Pendidikan Seni Visual ini. Melalui penyediaan fail tersebut ia dapat memberi maklumat mengenai guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Malahan jadual waktu guru yang mengajar mata pelajaran ini turut dikumpulkan. Ini memudahkan pemantauan dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan. Melalui  system fail ini surat yang berkaitan denga aktiviti panitia di dalam dan luar sekolah memberi bukti keaktifan oanitia tersebut. Malahan setiap tahun pihak pentadbiran terutama Guru Penolong Kanan Kurikulum akan meminta Laporan aktiviti panitia sepanjang tahun lepas dan Laporan Bulan Panitia. Manakala setiausah panitia perlu menyediakan Perancangan Tahunan bagi tahun yang baru setelah pihak panitia bersama jawatankuasa mengadakan mesyuarat panitia. Melalui perbincangan ini, pihak pentadbiran dapat mengetahui serta mempunyai panduan dan gambaran mengenai aktiviti panitia untuk tahun hadapanya.

            Pihak Pentadbiran memperuntukkan setiap panitia perlu mengadakan tiga kali mesyuarat sepanjang tahun. Pentadbiran juga menggalakkan panitia untuk membuat mesyuarat untuk jawatankuasanya dari semasa ke semasa bagi membincang masalah atau aktiviti yang ingin dilaksnakan bagi tahun yang berkenaan. Bagi setiap guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual ini diberi Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dan juga Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Ia adlah sebagai panduan untuk guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak.

            Kelemahan yang mungkin juga berlaku di sekolah-sekolah rendah yang lain ialah guru yang mengajar mata pelajaran seni visual kebanyakkannya adalah bukan opsyen. Mungin kebanyakkan pentadbiran sekoah beranggapan Pendidikan Seni Visual peringkat sekolah rendah adalah asas semata-mata. Oleh itu boleh di ajar oleh sesiapa guru sekali pun. Bagi guru yang opsyen sememangnya diminta untuk mengajar Pendidikan Seni Visual. Mujurlah tahun ini saya dapat mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Jika sebelum ini mata pelajaran kedua yang di beri kepada saya adaah Pendidikan Muzik. Apalah yang boleh di ajar walaupun kita bukan opsyen tersebut.

B. PENERIMAAN OLEH GURU-GURU

          Bagi sekolah saya setiap tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 6, sekurang-kurangnya diperuntukkan seramai tiga orang guru untuk mengajar mata pelajaran Seni Visual ini. Saya diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran seni visual ini bagi murid-murid Tahun 5. Walaupun tidak semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini adalah opsyen bagi mata pelajaran tersebut namun rakan-rakan guru ini yang saya perhatikan sememangnya berkomitmen dengan mata pelajaran ini. Cuma segelintir yang kurang mengambil berat. Ia mungkin disebabkan bukan sahaja tidak minta tambahan pula tidak kreatif. Maka mereka sendiri tidak mampu untuk menjana murid-muridnya untuk membentuk atau menghsilkan hasil seni. Ada guru yang bukan opsyen Pendidikan Seni Visual  tetapi amat kreatif. Ini kerana guru berkenaan sangat rajin membuat rujukan atau mencari rujukan mengenai penghasilan seni untuk dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di dalam kelas. Malahan guru ini amat diikuti hasil seni yang dibuat di dalam kelasnya. Bagi guru-guru yang kurang kreatif sering merujuk guru berkenaan untuk mendapat sedikit idea bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni visual ini.

            Rakan-rakan guru di tahap 1 juga dilihat mempraktikan pendidikan seni visual di dalam kelas. Bagi guru-guru tahap 1 dilihat lebih menggunakan kertas, lukis dan mewarna. Kadang kala aktiviti kraf yang mudah di lakukan terhadap anak-anak muridnya. Aktiviti bagi Pendidikan Seni Visual bagi tahap 1 adalah asas kepada kebanyakkan penghasilan seni. Malahan bagi tahun 2012 ini, ketua panitia seni yang baru telah dilantik dari guru yang mempunyai opsyen seni. Pada pendapat saya, teori yang dimiliki tidak sama dengan prktikal penghasilan bahan seni bagi murid-murid kelas yang di ajari. Bagi ruang maklumat atau Papan Ilmu di lorong laluan murid bagi Pendidikan Seni Visual, di lihat kurang keberkesannannya. Tiada lagi tampalan-tampalan hasil-hasil murid seperti tahun- tahun sebelumnya. Ini kerana Ketua panitia yang lama walaupun bukan opsyen tetapi amat kreatif dan rajin untuk mempersembahkan hasil seni visual kelas yang diajar.

            Walaupun rakan-rakan guru lain yang mengajar bagi mata pelajaran ini kurang mempunyai kreativiti, masih meneruskan usaha dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seni visual di dalam kelas masing-masing.  Guru akan membuat pesanan setiap minggu, apakah barangan yang perlu di bawa bagi aktiviti Pendidikan Seni Visual pada minggu yang akan datang. Guru yang kreatif biasanya dilihat akan membuat hasil seni penuh kesabaran. Anak muridnya diajar untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap hasil yang boleh disudahkan lagi. Walaupun penghasilan bahan tersebut ada sesetengahnya memakan masa lebih 3 minggu tetapi yang penting guru dapat menerima hasil seni murid yang menepati kehendak objektifnya.

C. MINAT MURID-MURID

          Pada peringkat awal murid diberi pendedahan bahawa Pendidikan seni visual tu adalah mata  pelajaran melukis dan mewarna semata-mata. Apabila proses pembelajaran cara ini, guru akan dapat melihat murid yang tidak minat dengan aktiviti mewarna. Pada mereka ia adalah remeh dan lambat diselesaikan. Oleh itu murid mengambil jalan mudah dengan mewarna sesuatu gambar dengan menggunakan satu warna sahaja. Sebagai guru sememangnya agak menyirap darah, tetapi mereka mengetahui bahawa aktiviti yang mereka lakukan itu mungkin membosankan murid.    Murid seperti ini memang wujud dan semasa saya sendiri melalui prose pembelajran ,ata pelajaran ini, ada murid yang memang kurang gemar dengan aktiviti mewarna. Mereka mudah bosan dan tidak sabra untuk mneyelesaikan hasil seni mereka dengan hasil warna yang cantik. Ada murid yang pandai mewarna, pandai bermain warna dan pandai mencampur – campurkan warna pada gambar yang diwarnakan.



            Bagi aktiviti pendidikan seni visual secara kraftangan, murid-murid kelihatan lebih teruja. Akan tetapi guru perlu membimbing dan sering menperingatkan murid perlu bersabar untuk menghasilkan hasil kraf seni mereka dengan baik atau menepati objektif guru dan sesuai dengan kebolehan murid. Aktiviti selain melukis dan mewarna sememangnya memperlihatkan kesungguhan murid untuk menghasilkan bahan seni mengikut kreativiti mereka. Ada murid yang sebelum melakukan telah menyatakan mereka tidak tahu untuk membuatnya. Oleh itu sebagai guru kita perlulah membimbing dan menunjuk cara kepada murid dengan penuh kesabaran. Apabila guru yang kreatif mengajar dan bersunggug-sungguh dengan subjek ini, apabila guru membuat pesanan barang-barang seni maka murid akan gembira untuk membawanya.

            Guru perlu kreatif dalam merancang aktiviti pendidikan seni visual, kerana murid-murid akan berasa seronok dengan aktiviti ini. Seperti saya, saya gemar membawa murid-murid keluar kelas untuk mencari bahan – bahan semulajadi untuk dijadikan bahan seni. Cara begini , murid kurang bosan dengan  mata pelajaran ini dan mereka sentiasa ekplore dengan alam sekitar. Cara begini aya terapkan untuk menyatakan kepada murid-murid bahawa setiap apa yang ada di sekeliling kita boleh dijadikan sebagai bahan seni. Secara tidak langsung murid-murid sendiri dapar memperlihatkan kreativiti bahan bagaimana yang hendak di guna bagi mengahsilkan sesuatu tajuk seni yang telah dibincang bersama guru semasa di dalam kelas. Murid kelihatan lebih seronok, lebih berterus terang dan sentiasa berinteraksi dengan guru untuk bertanya bahan yang sesuai dijadikan bahan seni.

KESIMPULAN

          Mata Pelajaran Pendidikan Seni dan Visual ini perlu sentiasa ada di dalam kurikulum sekolah. Walaupun sehingga ke peringkat lebih tinggi lagi. Pendidikan di sekolah rendah wlaupun dilihat mudah untuk mengajar murid kerana kanak-kanak bawah umur 12 tahun, hakikatnya ia ada cabarannya sendiri, Umur ketika ini adalah banyak pengenalan konsep apa jua mata pelajaran termasuklah mata pelaajran pendidikan seni dan visual. Ia adalah asas mengasah minat dan kreativti murid . Tambahan cabaran kepada murid-murid yang tidak gemar memegang warna kerana kurang sabra. Sebagai guru kita perlulah sama-sama mempertingkatkan minat dan kebolehan kreativti murid untuk berkarya dalam aktiviti seni.


No comments:

Post a Comment