Wednesday 2 May 2012

TUGASAN 1 KAE3013(UPSIB03-A112PJJ)D20102040759 DR LOY CHEE LUAN


PEMARKAHAN
1.
TUGASAN 1

2.
TUGASAN 2

3.
E- FORUM


JUMLAH















KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK



TAJUK

TUGASAN INDIVIDU
 1
SENI KREATIF MUZIK

















KUMPULAN

UPSI B03 (A112PJJ)


DISEDIAKAN OLEH

NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
ROHAIZA BT RAZALI
D20102040759
0126524908





NAMA TUTOR E-LEARNING       : _LOY CHEE LUEN



TARIKH SERAH                             :  2 MEI 2012



ISI KANDUNGAN

PERKARA                                                                                       HALAMAN





1.0       PENDAHULUAN                                                                                         3

      

2.0   DEFINISI SENI MUZIK                                     4



3.0       SEJARAH MUZIK                                                                                        5



4.0   SENI KREATIF MUZIK                                      6 - 7



5.0   BIDANG SENI KREATIF DAPAT

MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN

 DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK.                   8 - 10



6.0       SENI KREATIF MUZIK MENINGKATKAN

KESEDARAN KANAK-KANAK  TERHADAP

KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA.                                        11 - 12



7.0       SENI MUZIK MEMUPUK  SEMANGAT                                                 12 - 13

SETIAKAWAN     ANTARA MURID DALAM

MENGENALI PELBAGAI BUDAYA

8.0       PBS PENDIDIKAN MUZIK                                                                                    14 - 17



9.0-      PENGARUH MUZIK DALAM PROSES                                                 18

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  

10-       INFORMASI MUZIK                                                                                   19

11.0     PENUTUP                                                                                                      20

12.0     RUJUKAN                                                                                                     21











TUGASAN INDIVIDU 1



1.0  PENDAHULUAN

      

       Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik dan berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Penglibatan- kanak-kanak dalam aktiviti yang melibatkan seni seperti seni visual dan senimuzik berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan kepada mereka dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kakank-kanak dapat dipertingkatkanselain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya.Setiap kanak-kanak yang normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapatmelahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianyamenggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.



          Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan dayakreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dan proses aktiviti yang berkesan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, disamping memupuk kreativiti, dan nilai estetika.Selain itu, kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkanmereka menulis cerita, bermain muzik, melukis dan sebagainya. Melalui aktiviti seni seperti inilah, daya estetika dan kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan.















            Justeru,salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insanyang kreatif dan imaginatif. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapatmencipta sesuatu yang baru dengan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.

      



2.0  DEFINISI SENI MUZIK

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:

  • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
  • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan

Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.

Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.









1-      Rujukan definisi dari Kamus Dewan Edisi 3, Dewan Bahasa Pustaka,Kuala Lumpur

3.0     SEJARAH MUZIK

Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.

Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.



4.0 SENI KREATIF MUZIK



       Apabila disebut tentang muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya atau nyanyian lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Melalui muzik, seseorangitu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan,kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomenakehidupan. Muzik juga boleh menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.



Oleh yang demikian, Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak.Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah,mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak.( Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim & Kamisah Buang, 2008 )





Muzik moden

Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan perkembangan sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun terawal sehingga lah pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan penaklukan telah membawa dan menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia. Contohnya jalan sutera yang menghibungkan timur dan barat, peluasan empayar seperti Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib dan perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua America utara dan selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi teknologi barat membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah. Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan terciptanya radio serta TV, muzik boleh dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik dari kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.

























2.    Seni Muzik Moden, Ahmad Zailani B Dahlan,2010,Penerbitan Titipan Suria Publishing, Shah Alam



5.0 BIDANG SENI KREATIF DAPAT MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK.



            Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Contohnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur. Rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengah meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Misalnya, muzik klasik  yang lahir dari budaya Eropah sekitar tahun 1750-1825. Muzik klasik ini ialah satu istilah yang memberi tiga makna yang berbeza iaitu muzik tradisi Eropah yang berkaitan dengan kebudayaan yang sangat tinggi nilainya dan berbeza dengan muzik popular moden atau muzik tradisi lama (termasuk muzik-muzik tradisi di negara bukan Eropah). Tradisi Eropah begitu juga yang hamper sama dengan sesetengah tradisi bukan Eropah. Satu bahagian terperinci dalam pembangunan tradisi muzik seni Eropah yang berakar umbi dari kurun ke-18. Istilah muzik klasikal tidak muncul sehingga awal abad ke-19.



Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga keBeethoven sebagai salah satu "seni" di dalam zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini adalah kerana, kebiasaannya seni muzik tidak kekal hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai penggunaan genre muzik yang bermaksud bukan muzik popular atau muzik tradisi lama. Kepentingan muzik klasik kepada kanak-kanak ialah dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak kerana muzik klasik ini mempunyai nada yang menenangkan kepada pendengar. Selain itu, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.



            Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik. Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi. Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.



            Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.  Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa.Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.? Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.



            Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.



            Dalam usia enam tahun pertama  kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.  Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.  Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.



            Di samping itu, satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri kanak-kanak.Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.  Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.



            Lagu berasaskan muzik  banyak berdasarkan tema persekitaran seperti menggunakan bunyi binatang akan memberi kanak-kanak ruang untuk mengenal binatang-binatang yang ada pada persekitaran mereka. Muzik dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak kerana kanak-kanak gemarkan irama dan juga membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan dan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Menerusi muzik dan nyanyian, kanak-kanak dapat memperkukuhkan konsep-konsep kendiri yang positif serta merupakan antara perkara pertama yang ditangkapi oleh deria kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memberi respon kepada tepukan tangan, bunyi-bunyia dan suara di sekitar mereka. Ianya, membolehkan kanak-kanak mengingati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri.



Selain itu, ianya boleh dikaitkan dengan pembinaan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dalam bentuk pengajaran bertema sambil menari dalam bulatan atau dalam barisan panjang.






3.   Kanak-kanak Dalam Dunia Seni; Maria Sahabbuddin, 2008, Penerbitan Cahaya Gemilang, Petaling Jaya

6.0     SENI KREATIF MUZIK MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK  TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA.

            Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanakkanak. Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak. Justeru itu, tidak dinafikan muzik mampu meningkatkan kesedaran kanak-kanak terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

            Sementara itu, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, komponen ini sangat perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam di dalam jiwa kanak-kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga generasi akan datang. Objektif warisan budaya adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kepelbagaian masyarakat di Malaysia di samping memahami budaya dan kepercayaan mereka. Tujuan mengenali pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia adalah untuk mewujudkan sifat saling faham memahami antara kaum. Dengan ini, maka rasa percaya dan hormat-menghormati akan  wujud di dalam diri kanak-kanak di Malaysia sejak dari kecil lagi.

            Antara usaha utama dalam memperkasa kesedaran kepelbagaian budaya dalam diri kanak-kanak adalah dengan  penerapan kefahaman yang mana  budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat  seperti muzik, tarian asli, dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan adanya penganjuran aktiviti-aktiviti yang membangunkan budaya ilmu, memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya seperti  muzik tradisional kepelbagaain kaum yang kaya dengan pengaruh budaya setempat.

Dalam bidang seni kreatif muzik kepelbagaian budaya di Malaysia, dapat dilihat banyak hasilan seni tradisi itu semakin mendapat perhatian. Hasil seni muzik  tradisi kian mendapat tempat di hati  generasi muda. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan muzik tradisi itu didapati semakin diberikan perhatian. Dengan ini, kanak-kanak pun tidak ketinggalan merasai tempias bahang kepesatan seni kreatif bidang muzik ini.Namun, ianya  perlu  di semai oleh para pendidik dan ibu bapa untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan kesedaran terhadap adanya nilai muzik kepalbagaian budaya di Malaysia.  

            Kesedaran kanak-kanak terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia juga dapat dipupuk apabila adanya Pelaksanaan pertandingan  Kempen Cinta Negara di bawah program Setia Bestari, Jabatan Penerangan Malaysia yang bermula pada tahun 2003. Ianya mempunyai matlamat yang jitu untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat melalui kebolehan peserta bercerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah-kaedah komunikasi bersemuka. Peserta-peserta juga akan dibenarkan menggunakan alat bantuan media seperti muzik, visual, teknik lampu dan lain-lain untuk menarik minat penonton. Pertandingan ini juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan pendapat, pandangan dalam bentuk seni dan budaya masyarakat Malaysia.

7.0     SENI MUZIK MEMUPUK  SEMANGAT SETIAKAWAN     ANTARA MURID DALAM MENGENALI PELBAGAI BUDAYA

1-      JENIS-JENIS SENI MUZIK

Murid sejak dari dulu telah terdedah pelbagai jenis muzik. Sama ada berbentuk seni muzik tradisional, moden kontemporari, seni muzik asli, seni muzik yang mengambarkan sesuatu kaum . Akan tetapi ketika itu kanak-kanak masih belum dapat mengenali seni muzik itu secara khusus dan tepat istilahnya. Pada pemikiran mereka seni uzik adalah nyanyian dan bermain alat muzik. Mereka kurang diberi pendedahan mengenai nama-nama jenis-jenis seni muzik secara tepat.





2-      KEPELBAGAIAN SENI MUZIK

Ia terbahagi kepada pelbagai cabang dalam seni muzik ini, sama ada dalam bentuk nyanyian, mencipta lirik, membuat lagu, mengarah muzik atau pancaragam seperti okestra, penata bunyi dlam drama atau filem atau dalam pembuatan iklan. Semua perkara dalam kehidupan yang mempunyai unsur lagu dan lirik adalah berkait rapat dengan muzik. Akan tetapi kanak-kanak lebih mengenali muzik sebagai menyanyi, bermain alat muzik dan mungkin juga menari. Pemahaman demi pemahaman oleh muri-murid ini akan terbina melalui proses pendidikan muzik di sekolah secara langsung atau tidak. Ia juga dipengaruhi dengan perkembangan seni muzik Tanah Air.

3-      MEMAHAMI SETIAP KAUM ADA IDENTITI MUZIK

Apabila seseorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan secara formal dan mula bercampur dengan rakan-rakan pelbagai kaum, melalui pemerhatian dan mendengar mereka akan terdedah dengan muzik  bagi setiap kaum. Maka mereka akan memahami identiti muzik mengikut kaum. Misalnya  permainan alat muzik seprti tabla atau sitar secara automatik mereka akan menyatakan muzik orang india. Manakala bagi kaum cina, melalui tarian dan gendang ketika tarian singa mereka akan memahami bahawa muzik itu adalah dari kaum cina. Sememangnya setiap kaum ada identiti muziknya yang tersendiri.






4- Seni Muzik Tradisional Kaum di Malaysia, Ahmad Zailani B Dahlan,2010,Penerbitan Titipan Suria Publishing, Shah Alam

8.0     PBS PENDIDIKAN MUZIK

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 8.1    Pengenalan

Pengoperasian PBS  mula dilaksanakan bagi Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2012.

8.2     Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS ditadbir mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Menteri Pelajaran kepada Pengarah Peperiksaan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Seksyen 67 -Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan dan Seksyen 69 – Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu:

a-        untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;

b-       untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan;

c-         untuk mengadakan peperiksaan;

d-        untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan;

e-        menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

8.3     Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan peringkat menengah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (Psi).

Pentaksiran Sekolah (PS)

a-         Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

b-         Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan dan tugasan rumah); dan

c-         Pentaksiran sumatif dijalankan di akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian bulanan, ujian semester).

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan KSSR dan KSSM. Proses pentaksiran sekolah adalah seperti berikut:

a-      Mengenal pasti konstruk atau perkara yang hendak ditaksir;

b-      Merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang relevan;

c-      Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam standard prestasi untuk menentukan tahap penguasaan murid;

d-     Memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan; dan

e-      Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibu bapa.





Pentaksiran Pusat (Pp)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berdasarkan standard prestasi dan penjaminan kualiti melalui pemantauan dan penyelarasan. Kaedah pelaksanaan PP dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan dihasilkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekolah mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan untuk mengukur proses dan produk yang autentik. PP ditaksir menggunakan pelbagai kaedah:

a-      Kerja Kursus;

b-      Projek;

c-      Ujian Lisan (Mata Pelajaran Teras dan Elektif);

d-     Tugasan dan Folio;

e-      Pemerhatian;

f-       Kemahiran Amali;

g-      Persembahan dan Pembentangan Lisan; dan

h-      Ujian Bertulis (Mata Pelajaran Teras)

Prinsip-prinsip Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah:

Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran;

a-          Tugasan berbeza setiap tahun;

b-            Dilaksana di sekolah;

c-            Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib;

d-          Ditaksir oleh guru mata pelajaran;

e-          Skor berdasarkan Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan;

f-       Pemantauan dan penyelarasan peringkat dalaman dan luaran dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard; dan

g-         Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.

8.4     Penilaian Seni Muzik ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah-KSSR) Ujian Aptitud Khusus

Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi diri murid dalam sesuatu bidang pekerjaan atau khusus:

muzik (pintar muzik);

kreativiti (pintar minda);

interpersonal (pintar orang - pengalaman sosial);

intrapersonal (pintar diri - refleksi kendiri);

kinestatik - jasmani (pintar jasmani); dan

naturalis (pintar naturalisme).

 Inventori Personaliti Ukuran ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu yang membezakannya dengan orang lain untuk:

membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sikap dan personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan;

membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi; dan mengenalpasti stail pembelajaran.



  1. Dipetik daripada : Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2011)

9.0- PENGARUH MUZIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

          Bagi masyarakat dahulukala, muzik berfungsi sebagai alat media untuk melaksanakan amalan magis dalam kepercayaan mereka. Bagi proses pembelajaran ia mewujudkan suatu proses pengajaran yang mengasyikkan dengan kepelbagaian pengaruh jenis dan alatan seni muzik. Murid diperkenalkan dengan pelbagai jenis dan alatan muzik. Ia menajdikan murid sangat seronok untuk bermain alatan muzik. Ia mengeluarkan rasa ceria dan gembira di dalam diri anak murid.

            Masyrakat primitif melihat magis dalam bentuk muzik dari tiga sudut, iaitu;

( a )  Irama – Penekanan diutamakan mengenai corak irama yang terhasil oleh alatan muzik.

( b )  Ulangan – merujuk kepada berapa kali ulangan yang dibeanrkan dalam sesebuah lagu.

( c ) Permainan -  Merujuk kepada bagaiman cara atau peraturan yang dilaksanakandan peraturan ini khusus berfungsi untuk magis.

Muzik selalu didendangkan untuk mengiringi sesebuah tarian tradisional mahupun moden. Murid akan mengenali budaya dan adat resam kebudayaan bangsa Malaysia mereka sendiri.  Pengaruh muzik menyebabkan murid akan sentiasa keseronokkan menghadirkan diri ke sekolah. Bertepatan dengan program baru yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran iaitu Program ’Sekolah Penyayang’.Di harapkan program yang mengambil hati murid-murid dan pelajar ini dapat menangani disiplin sekolah. Di harapkan ia benar-benar berkesan apabila golongan dewasa perlu mengikut rentak murid. Bukan sebaliknya.

Apa yang jelas, muzik digunakan dalam kepelbagaian kegiatan manusia mengikut peringkat dan umur seperi zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Ia adalah sebahagian hiburan yang dapat menenangkan fikiran seseorang individu itu.



6 - Peralatan Muzik Tradisional Dan Moden,Dayang Suhaina Megat Ali,2012,Pustaka Titipan Seni,Shah Alam

10.0   - INFORMASI SENI MUZIK

  • Buluh, kayu, daun, daun hutan, perak, kulit binatang, rotan, tembaga dan besi menjadi bahasa asas bagi membentuk alat muzik. Ini semua lahir atas daya kreativiti tukang kraf. Adanya daya kreativiti yang tinggi pada seorang tukang kraf, lahirlah pelbagai jenis alat muzik.



  • Dari sudut estetika dan bahasa, muzik digunakan dalam pelbagai bentuk upacara dan persembahan seperti tarian, teater dan sebagainya. Dalam tarian asli Melayu misalnya, muzik berperanan melahirkan estetika dari segi gerak tari dan kemerduan suara penyanyi.



  • Dalam menghasilkan alat muzik yang berkualiti, penggunaan bahan asas yang terpilih amatlahh penting. Jesteru, digunkan bahan asas seperti pelbagai jenis kayu, daun rempelas dan daun pisang kering sebagai pengilap atau pengilat sebagai pengakhir pembuatan peralatan.



  • Zaman yang semakin maju telah melahirkan pelbagai macam teknologi. Zaman komputer telah mengubah persepsi dan pendekatan pendidikan muzik. Komputer merupakan alat yang amat berkuasa serta fleksibel menyalurkan muzik.



  • Penggunaan teknologi audio digital memudahkan kerja jurutera audio yang dapat menyunting muzik yang dirakamkan dengan terperinci. Gelombang bunyi yang dirakam secara digital dapat diproses dengan pelbagai cara untuk menghasilkan rakaman muzik.
  • Akustik merupakan canag fizik yang mengkaji bunyi, iaitu gelombang mekanik dalam gas, cecair dan pepejal. Akustik melibatkan penghasilan, kawalan, penghantaran, penerimaan seta kesan-kesan bunyi.



Maklumat di atas adalah pengaruh pelbagai perkara dalam penghasilan muzik. Maka sejak itu, seni muzik menjadikan hidupan begitu menarik sehinggalah dimasukkan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia.



11.0   PENUTUP

            Sebagai kesimpulannya, bidang seni kreatif  muzik, sememangnya memberikan impak yang besar terhadap kanak – kanak. Tanpa kita sedari kanak – kanak akan memberikan tindak balas apabila mereka mendengar satu – satu alunan lagu terutama lagu yang berentak laju dan rancak. Kita sebagai  guru dan ibu bapa seharusnya memberikan perhatian terhadap perkara ini. Selain itu kita juga hendaklah sentiasa memberi rangsangan dan galakan kepada kanak – kanak ini agar ia dapat menguatkan lagi serta meningkatkan kesedaran terhadap seni kreatif muzik pelbagai budaya di Malaysia. Melalui Penilaian Bersepadu yang dibuat pada sistem Kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),dengan penilaian yang berterusan. Kepentingan seni muzik dalam proses pembelajaran ada nilainya dan bukan semata-mata sebagai mata pelajaran minor atau mata pelajaran yang tidak penting. Murid bukan sahaja di nilai dari segi pencapaian akademik semata-mata malahan dari sudut seni menjadikan murid-murid lebih berkualiti.









12.0   RUJUKAN

1-      Abdul Rahim Ismail (Ed.) (1994). Information Malaysia 1994 Yearbook. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

2-                  Arkib Negara. (1986). Pameran di Pustaka Peringatan P.Ramlee. Setapak, Kuala Lumpur.

3-                   Peralatan Muzik Tradisional Dan Moden,Dayang Suhaina Megat Ali,2012,Pustaka Titipan Seni,Shah Alam

4-                  Grout, D.J. & Palisca, C.V. (1988). A History of Western Music. London: J.M. Dent &Sons Scott-Kassner, C. (1992).

5-                  “Research on Music in Early Childhood”. Handbook ofResearch on Music Teaching and Learning. New York: Schirmer Books. pp. 651-668

6-                  Rujukan definisi dari Kamus Dewan Edisi 3, Dewan Bahasa Pustaka,Kuala Lumpur

7-                  Seni Muzik Moden, Ahmad Zailani B Dahlan,2010,Penerbitan Titipan Suria Publishing, Shah Alam

8-                   Kanak-kanak Dalam Dunia Seni; Maria Sahabbuddin, 2008, Penerbitan Cahaya Gemilang, Petaling Jaya

9-                  Seni Muzik Tradisional Kaum di Malaysia, Ahmad Zailani B Dahlan,2010,Penerbitan Titipan Suria Publishing, Shah Alam



LAMAN WEB















No comments:

Post a Comment