Wednesday 2 May 2012

TUGASAN 2 KAE3013 (UPSIB03-A112PJJ) D20102040759 DR LOY CHEE LUEN







PEMARKAHAN
1
TUGASAN 1

2
TUGASAN 2

3
E FORUM


JUMLAH














RIS

SEMESTER 2 SESI 2011/2012



KOD & NAMA KURSUS

KAE3013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK



TUGASAN 2:
DUA ( 2 ) AKTIVITI KREATIF :  DRAMA DAN TARIAN DALAM SAMBUTAN HARI GURU.



TAJUK:






KUMPULAN

GROUP UPSI B03 (A112 PJJ )

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
ROHAIZA BT RAZALI
D201040759
012-6524908



NAMA TUTOR E-LEARNING : LOY CHEE LUEN

TARIKH SERAH : 4 MEI 2012





ISI KANDUNGAN

PERKARA                                         HALAMAN



Halaman
1-      Tarikh dan tempat
2-      Jawatankuasa Induk
3-      Tujuan
4-      Tajuk
5-      Fokus
6-      Objektif
7-      Kumpulan sasaran
8-      Jawatankuasa Kerja
9-      Guru yang mengawal kelas
10-  Tentatif program
11-  Tema Hari Guru 2012
12-  Aktiviti Kreatif 1 : Teater Boneka
13-  Bilangan Murid
14-  Peralatan
15-  Skrip
16-  Langkah-langkah pelaksanaan
17-  Unsur kreativiti
18-  Aktiviti Kreatif 2 : Tarian dan Gerakan
19-  Tema
20-  Tajuk
21-  Rasional
22-  Bilangan Murid
23-  Kosteum
24-  Lirik Lagu
25-  Props
26-  Muzik
27-  Langkah-langkah pelaksanaan
28-  Unsur Kreativiti
29-  Anggaran Perbelanjaan
30-  Penutup


4



5
5-8
8-9
10



11
12-13
13-14
14-15








15-16

16-17
18-19
20
























USJ 23 36500

SUBANG JAYA

SELANGOR DARUL EHSAN















16 MEI 2012 ( RABU )

9 . 00 PAGI – 1 .00 TENGAH HARI

ASTAKA WAWASAN





KERTAS KERJA

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT SEKOLAH 2012





1.                  TARIKH DAN TEMPAT



16 Mei 2012

Astaka Wawasan       

SK Seri Subang , USJ 23

35600 Subang Jaya

Selangor Darul Ehsan





2.         JAWATANKUASA INDUK



PENGERUSI    : En Zulkifli B Moha Tahir (Guru Besar)

TIMBALAN

PENGERUSI    : Pn Hjh NorAini Bt Abd Ghani          (PK Kurikulum)

NAIB

PENGERUSI    : Pn Hjh Norizan Bt Mohd Noor         (PK Hem)

                                     : En Rosli B Julis                                (PK Kokurikulum)

                                     : En Mohd Rosly B Johare                  (PK Petang)

                                     : En Abd Rahim B Sani                       (PK Pend.Khas)

SETIAUSAHA : Pn Rohaiza Bt Razali           

BENDAHARI  : Pn Normala Bt Shamsuddin 





3.  TUJUAN

            i- Menghargai jasa dan pengorbanan guru

            ii- Melihat kreativiti persembahan murid kepada guru-guru sekolah.

            iii- Menzahirkan kreativiti guru dalam membentuk persembahan murid-murid





4.  TAJUK

            Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah



5. FOKUS  

Murid-murid yang terlibat dengan persembahan eksperesi  kreativiti dalam persembahan drama serta boneka.



6. OBJEKTIF  

Pada akhir program ini,murid dapat

i-                    Memperlihatkan persembahan murid-murid dalam  lakonan dan tarian.

ii-                  Murid-murid boleh mendapat idea untuk sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu menulis esei.



7. KUMPULAN SASARAN

    Semua warga SK Seri Subang, Subang Jaya.



8.         JAWATANKUASA KERJA

           

SENARAI NAMA GURU DAN TUGASAN UTAMA

BAHAGIAN TUGASAN
/ NAMA
SENARAI TUGASAN
PA SISTEM
EN MOHD YUSRI B MOHAMMAD
  • En Idham B Adnan
  • En Che Sha Rizal  B Che Hak
  • En Mohd Fadzli B Ghazali
  • En Kamarul Endra
  • En Mohd Saad B Hassan
  • Pn Naizah Bt Abd Ghani
  • Pn Suriza Bt Abdullah
  • Pn Husna Bt Yahya

  • Menyediakan peralatan PA sistem yang mencukupi
  • Sekurang-kurangnya 2 PA sistem
PENGURUSAN MURID
PN JAMALIAH BT ISMAIL(KETUA)
  • Pn Haslizawati Bt Abd Razak
  • Pn Habibah Bt Zakaria
  • Cik Shamini A/P Pavadai
  • Cik Ida Aznim Bt Akasah
  • Pn Maslina Bt Che Hussien
  • Memastikan murid sentiasa terkawal ketika persembahan rakan-rakan mereka di pentas.
  • Murid – murid tidak dibenarkan berdiri atau kerap ke bilik air terutama murid yang sama.
  • Memastikan  murid sentiasa berada di dalam barisan kelas masing-masing.
PERSIAPAN PENTAS
PN NORMAZIZAH
  • Pn Mariani Bt Ismail
  • Pn Noriah Bt Mahmood
  • Pn Mahani Bt Sulaiman
  • Pn Satifah Bt Mohd Aris
  •  
  • Menghias pentas
  • Mengemas pentas
  • Minta bantuan pekerja jika ada menggunakan pokok-pokok bunga
PERSIAPAN TEMPAT
EN AZMAN
  • En Basharul Amin
  • En Ahmad Marzuki
  • En T.Ramash Kumar
  • En Mohd Saad B Ahmad@Hassan
  • En  Idham B Adnan
  • Memasang 10 khemah(minta bantuan murid lelaki tahun 6 dan 5)
  • Menyediakan kerusi untuk guru dan tetamu(minta bantuan pengawas)
  • Kerusi guru sediakan semasa murid sedang rehat
  • Mengeluarkan kipas
  • Mengemas semula alatan yang digunakan

JURU ACARA
  • En Suhaimi B Shamsuddin
  • Pn Nor Azizah Bt Desa
  • Mengacarakan majlis semasa majlis penyampaian hadiah.
  • Sentiasa berhubung dengan setiausaha untuk mengetahui sebarang perubahan.
  • Memastikan memperolehi buku program sebagai panduan tentatif program sambutan Hari Guru yang berlangsung peringkat sekolah.

JAMUAN
EN JEFFRI B JUSOH
  • Pn Norehah Bt Mohd Dom
  • Pn Rafidah Bt Abdul Samad
  • En Mahdy B Abd Aziz
  • Pn Noriah Bt Abdullah
  • Pn Roslinda Bt Sanusi
  • En Rosdin B Ramly
  • Cik Ainul Husna Bt Abdul Hak
  • Pn Mariana Bt Yassin
  • Pn Zakiah Bt Mustapha
  •  
  • Menempah makanan untuk VIP dan petugas (anggaran waktu 12tengah hari)
  • Segala perubahan waktu akan dibincang di dalam mesyuarat kelak
  • Memberi bil kepada setiausaha untuk di selesaikan
PENGURUS HADIAH
PN NORSHIDAH BT  ALI HASSAN
  • Cik Ardianawati Kamari Bt Baharom
  • Cik Normah Bt Kassim
  • Pn Norhayati Bt Haron
  • Pn Nor Azlina Bt Adam
  • Pn Shahima Bt Bakar
  •  
  • Mengatur hadiah dan menyampaikan hadiah
  • Melabel hadiah
  • Menyediakan meja dan alas meja serta dulang(jika perlu)-guna meja dari pusat sumber
BUKU PROGRAM
PN NOR AZREEN BT ZAINUDDIN
  • Pn Nor Azidah
  • Pn Nor Azilah
  • Pn Noraida Bt Amir
  • Cik Siti Norzehan
  • Pn Norhafizah
  • Pn Paridatul Azna



  • Menyediakan buku program dalam bentuk muka buku sebelah menyebelah
  • Maklumat program minta dari setiausaha
  • Memberi salinan buku Program kepada ajk dokumentasI
DOKUMENTASI
PN ZARIRAH BT ZAINUDDIN
  • En Ismail (Juruteknik)
  • Merekod dan mendokumentasi program
  • Mengambil gambar secara manual / handycamp
  • Memberi salinan kepada Pusat Sumber dan Guru Besar

BACAAN DOA
EN MOHD YAZID B SULAIMAN
  • Semasa memulakan majlis agar majlis lebih diberkati
PERSEMBAHAN
PN ROHAIZA BT RAZALI
  • Pn Noraini Bt Ismail
  • Pn Norhayati Bt Haron
  • Melatih murid-murid persembahan drama dan tarian gerakan.



9.         GURU YANG MENJAGA ATAU MENGAWAL KELAS



WAKTU

KELAS
GURU
7.30-7.45 pg
Pendidikan khas
Pra Pendidiakan Khas
Pra sekolah
  • Guru kelas
  • Pembantu Murid
7.30-7.45 pg

3 BERLIAN
3 DELIMA
( berada di 3B)
  • Pn Nor Azlin
  • Pn Nur Azida Bt Zubir
7.45-8.00 pg
3 ZAMRUD
3 NILAM
(berada di 3Z)
  • En Basharul Amin
  • Pn Siti Azilah
8.00-8.15 pg
3 INTAN
3 MUTIARA
(berada di 3M)
  • En Azman
  • En Mohd Saad
8.15-8.30 pg
4 BERLIAN
4 DELIMA
4 ZAMRUD
(berada di 4B)
  • Pn Noraida Bt Amir
  • Pn Hamimah Bt Harun
  • Cik Ardianawati
8.30-8.45pg
4 NILAM
4 INTAN
(berada di 4N)
  • En Kamarul Endra
  • Pn Mahani
8.45-9.00 pg
4 TOPAZ
4 MUTIARA
(berada di 4T)
  • Pn Fatimah Hajar
  • En T Ramash Kumar
9.00-9.15 pg
5 BERLIAN
5 DELIMA
5 ZAMRUD
(berada di 5B)
  • Pn Noor Azreen
  • En Mohd Fazli
  • Pn Normazizah
9.15-9.30 pg
5 NILAM
5 INTAN
(berada di 5N)
  • Pn Madznah
  • Pn Noriah Bt Mahmood
9.30-9.45 pg
5 TOPAZ
5 MUTIARA
(berada di 5M)
  • Pn Maizura
  • Cik Ainul Husna
9.45-10.00 pg
6 BERLIAN
6 DELIMA
6 ZAMRUD
(berada di 6B)
  • Pn Noor Aini Bt Ismail
  • En Nik Ahazzied
  • Pn Shahima
10.00-10.15pg
6 NILAM
6 INTAN
(berada di 6N)
  • En Nordin
  • En Mohd Yazid
10.15-10.30 pg
6 TOPAZ
6 MUTIARA
(berada di 6T)
  • Pn Rahimah Bt Ibrahim
  • Cik Normah Bt Kassim











10.       TENTATIF PROGRAM



MASA
AKTIVITI
7.30- 8.30
PAGI
  • Ucapan Pengerusi Majlis
  • Ucapan Penyelaras Program
  • Ucapan  Guru Besar

8.30 – 10.00
PAGI
  • Nyanyian Lagu NEGARA KU
  • Nyanyian  Lagu NEGERI SELANGOR
  • Nyanyian Lagu  SEKOLAH
  • Nyanyian Lagu ’ KAMI GURU MALAYSIA’
(nyanian 3 lagu tersebut dinyanyikan bersama-sama guru dan murid. Manakala lagu ’Kami Guru Malaysia’ hanya dinyanyikan oleh guru-guru sahaja.
·        Persembahan Teater Boneka oleh murid-murid Tahun 3

10.10 -10.30
PAGI
REHAT TAHUN 3 & 4

10.40-11.00
PAGI
REHAT TAHUN 5 & 6



  •  
11.00-1.00
TENGAH HARI
  • Persembahan Tarian dan Gerakan oleh murid-murid Tahun 5
  • Nyanyian solo guru oleh Cik Ida Aznim dan Cik Siti Norzehan
  • Nyanyian Duet antara guru iaitu En Rosley dan Pn Norehah
  • Nyanyian Duet antara guru dan murid iaitu Cik Ida Aznim dan murid Tahun 6 Siti Nurhaliza.
1.00 PETANG
Jamuan VIP








11.       TEMA HARI GURU 2012

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"



12.       AKTIVITI KREATIF : teater

TEMA             : “ PUPPET SHOW “

TAJUK                       :   “ MENGAPA GAGAK HITAM “

RASIONAL   :  Dalam aktiviti ini, pelbagai faedah dapat kita perolehi iaitu:

ü  Mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar.

ü  Memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak masing-masing.

ü  Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam menjayakan sesuatu persembahan “puppet show‟.

ü  Melalui aktiviti ini juga, para guru secara tidak langsung dapat menerangkan secara terperinci akan nilai-nilai yang terkandung dalam cerita yang dipersembahkan tersebut.

13.       BILANGAN MURID : 12 ORANG

14.       PERALATAN : - Boneka gagak

- Boneka merak

- Pita rakaman

- Warna

- Prop bingkai (gambar disertakan)

-Tumbuh-tumbuhan sebagai hiasan pentas boneka





15.       SKRIP                                  : “ TEKS GAGAK DAN MERAK “

BABAK I

Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik.

Gagak : Macam mana caranya?

Merak : aku ada kawan. Seorang pemuda yang menjadi pelukis.

Gagak : Oh begitu, cepatlah. Aku sudah tidak sabar lagi.

Merak : Sabarlah, aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok.

Gagak : elok benar cadangan awak. Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini  ya!



BABAK 2

Merak membawa berus dan warna.

Merak : Inilah warna-warna yang aku dapat.

Gagak : Cantik. Tentu berseri-seri.Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak 

              diwarnakan  dahulu.

Gagak : Baiklah aku warnakan badan kau.

Merak : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya?

Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula.

Merak : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi.

Gagak : Nanti dulu, aku laparlah.

Merak : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja.









BABAK 3

Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus.Gagak yang lapar   itu tidak  sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai.

Gagak : Cepatlah, aku tak sabar lagi.

Merak : Baiklah, warna apa yang awak mahu?

Gagak : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah.

Merak : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak)Gagak terus

terbang  dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila mereka bertemu semula,  Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam,sedangkan merak sangat cantik.  Gagak terbang menjauhkan diri.



16.       LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN :

Teater “ Mengapa Gagak Hitam “:

1)      Melalui aktiviti teater ini, skrip yang sesuai dengan cerita perlu disediakan dan mempunyai dialog yang bersesuaian.. Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini agar ianya menjadi satu jalan cerita yang menarik :

a)      penceritan berada dalam kelompok cerita di mana  pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon apabila wataknya dibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan oleh pembaca membaca skrip.

b)      pencerita diluar kelompok cerita iaitu pembaca skrip  membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah disediakan dan pelakon-pelakon akan bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai wataknya dibaca oleh pembaca skrip tersebut. 





2)      Penataan bunyi

ü  Hasil daripada pembelajaran dengan alat genderang dan gerakan, bunyi-bunyi yang dipelajari terdahulu boleh diadaptasi ke dalam teater.

ü  Muzik yang gtelah dirakam oleh guru juga boleh digunakan sevagai unsur bunyi dalam teater yang dipersembahkan.

ü  Bunyi-bunyi yang dirakam dari alam seperti bunyi burung turut boleh digunakan bagi merangsang deria murid semasa melakonkan aktiviti teater.

3)      Hiasan Latar dan Props

ü  Hiasan latar dan props perlu untuk meningkatkan kualiti persembahan



17.       UNSUR-UNSUR KREATIVITI  DAN NILAI-NILAI MURNI YAND DAPAT DIKEMBANGKAN DALAM AKTIVITI TEATER.

            Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan boneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak . Ini kerana mereka masih lagi berfikiran animisme dan sangat suka dan gemar terhadap boneka. Teater ini juga disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak. Perlaksanaan teater boneka sememangnya dapat memberi kan pengalaman belajar yang sangat seronok dan menarik  terhadap diri kanak-kanak.

Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja, merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para pelajar. Peranan teater dalam pendidikan bukan sekadar melatih kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan berketrampilan, malahan melalui aktiviti berteater, murid boleh mempertingkatkan potensi diri dalam banyak aspek. Ini termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya.

Teater merupakan seni persembahan yang menggabungkan seni lakon dengan plbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain.Oleh itu amat bertepatanlah, teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini.

Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikanAktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif.

Kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan) dan kepekaan (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.) Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan untuk kanak-kanak.. Antaranya ialah:

a) Menggerak lakonkan semula cerita

b) Membina boneka

c) Menyanyi menggunakan boneka

d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka

Boneka adalah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip  bebas yang disesuaikan dengan bahan yang melambangkan watak-watak tertentu. Boneka boleh menarik minat murid terhadap pembelajaran.

Tujuan penggunaan boneka ialah :

ü  Murid dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan

ü  Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan karya seni

ü  Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman seni

ü  Menggunakan dan memperkukuhkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.

ü  Nilai murni dari kisah ini ialah gelojoh membawa padah.





18.       AKTIVITI KREATIF KE 2 : tarian dan gerakan

19        TEMA                        : TARIAN DAN GERAKAN  - BINATANG

20.       TAJUK          : “ LAGU BUNYI BINATANG “

21.       RASIONAL   : 

1) dapat membantu pembinaan dan  pertumbuhan fizikal kanak-kanak

             2) kanak-kanak dapat mengenal bunyi-bunyi haiwan

             3) kanak-kanak dapat menggunakan  keseluruhan anggota  badan  mereka   semasa

tarian dan gerakan dijalankan.

22.       BILANGAN MURID : 10 ORANG

23.       KOSTUM       : AYAM , ITIK , BURUNG

24.       LIRIK LAGU            : LIRIK LAGU " BUNYI BINATANG"

Saya ayam kok, kok, kok, kok, kok

Saya itik quek, quek, quek, quek,quek

Saya burung cip, cip, cip, cip, cip,

Kami bunyi kok, kok, kok, kok,kok, quek, quek, quek,quek,quek,cip, cip, cip, cip, cip.

25.       PROPS            : SUASANA DALAM HUTAN

26.       MUZIK                       : CD LAGU BUNYI  BINATANG

27.       LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN        :

1)      6 orang murid memakai kostum binatang seperti ayam,itik dan burung

2)      Props adalah bertemakan suasana hijau di dalam hutan. 4 orang murid yang lain memakai set props rama-rama, pokok-pokok hijau, bunga-bunga dan matahari.

3)      Apabila muzik iringan daripada CD dipasang, 6 murid tadi naik ke pentas untuk menyanyikan lagu  bunyi binatang bersama dengan muzik yang dipasang oleh guru.

4)      4 orang murid yang memakai set props akan menggerakkan props masing-masing bersama dengan 6 murid yang lain.

5)      Murid akan menari dan membuat gerakan mengikut lirik lagu “ bunyi binatang “

6)      Kesemua murid akan mengulangi pergerakan sebanyak 3 kali.



28.       UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI-NILAI MURNI.

1) Tarian kanak-kanak

Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

2) Kepentingan tarian kepada kanak-kanak

    i. Aspek kognitif

    ii. Aspek fizikal -Membantu mengembangkan psikomotor kanak-kanak ke tahap yang  

       maksimun dan baik

    iii. Aspek sosial dan emosi

    iv. Aspek psikomotor

3)      Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.

4)      Aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.

5)      Melalui lagu bunyi binatang murid dapat membuat pelbagai pergerakan kreatif. Contohnya murid boleh meniru gaya binatang berjalan seperti ayam dan itik.

6)      Murid juga boleh mengajuk bunyi binatang yang mereka nyanyikan bersama-sama rakan mereka yang lain.

7)      Melalui tarian dan gerakan ini murid dapat memupuk semangat kerjasama, dapat menghilangkan rasa takut., lebih berasa yakin apabila berada di khalayak ramai dan dapat mengetahui rupa dan bunyi binatang.



29.       ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
ANGGARAN PERBELANJAAN
BACKDROP ‘BANNER’ – SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012 SAIZ 10’ X 6’
RM 200
JAMUAN MAKAN VIP
RM 200
TEATER BONEKA
i-                    Gabus putih  (4keping)
ii-                  Gabus warna merah (3keping)
iii-                Gabus warna hijau (3keping)
iv-                Gabus warna kuning (3keping)
v-                  Kosteum Gagak
vi-                Kosteum Merak

RM 6.00
RM 6.00
RM 6.00
RM 6.00
RM 20.00
RM 20.00
AKSESORI TARIAN DAN GERAKAN
i-                    Selendang  (10helai)
ii-                  Bunga (20kuntum)
iii-                Tali pinggang ( 10utas)
iv-                Sepit ( 3 papan)

RM 50.00
RM 20.00
RM 25.00
RM 5.00
HIASAN PENTAS
i-                    Cat mural tin kecil ( 1 tin)
ii-                  Pelekat dinding bunga ( 20 keping)

RM 10.00
RM 60.00
HADIAH
Setiap guru (98 orang x RM5.00)

RM490.00
JUMLAH
RM 1124.00



30.       PENUTUP

            Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah sememangnya saban tahun di lakukan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak murid di Sekolah Kebangsaan Seri Subang ini. Pendedahn persembahan oleh murid-murid dan sebahagian guru-guru di harapkan dapat memeriahkan lagi sambutan hari guru bagi tahun 2012 ini. Aktiviti seperti ini bukan sahaja bertujuan merai kan guru sebagai pendidik, malahan sebagai teman anak-anak di sekolah. Ia juga salah satau cara penerapan nilai- nilai murni melalui persembahan oleh murid iaitu persembahan teater boneka dan tarian gerakkan. Melalui penceritaan dan kreativiti murid ini di interpertasikan kepada para penonton. Bakat dan kesungguhan murid ini menjadi teladan dan panduan kepada murid-murid lain. Program seperti ini secara tidak langsung dapat memberi  idea kepada murid-murid membuat karangan atau esei bagi mata pelajaran Bahasa  Malaysia atau Bahasa Inggeris. Malahan bagi subjek yang menimbulkan nilai-nilai murni secara tidak langsung iaitu Pendidikan Sivik Dan kewargenegaraan serta Kajian Tempatan memberi panduan kepada murid untuk dijadikan sebahagaian panduan dan gambaran oleh murid-murid. Di harapkan majlis ini dapat berlangsung dengan ceria dan bermesej.









Di sediakan oleh ;





………………………………………………..

( ROHAIZA BT RAZALI )

SETIAUSAHA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

PERINGKAT SEKOLAH SK SERI SUBANG







Disahkan oleh ;



……………………………………………………

ZULKUIFLI B MOHD TAHIR

GURU BESAR

SK SERI SUBANG

No comments:

Post a Comment